Wednesday 25 November 2015

JIMATKAN ELETRIK 1


Tahukah anda, semua jenis alatan eletrik yang fungsinya digunakan untuk memanaskan seperti pemanas air, periuk nasi eletrik dan sebagainya merupakan alatan yang banyak menggunakan eletrik. Jika kita menggunakan alatan ini dengan cara yang tidak cekap, kita akan membazirkan penggunaan eletrik dengan SANGAT BANYAK. Contohnya seperti alatan pemanas air seperti di atas, jika kita biarkan ia ON sepanjang malam alatan ini akan mendidihkan semula air di dalamnya sehingga 2 atau 3 kali. Setiap kali proses pendidihan ini menggunakan eletrik yang sangat banyak. Membiarkan alatan ini ON sepanjang waktu pun membazirkan tenaga eletrik sebab eletrik sentiasa digunakan untuk memastikan suhu air di dalamnya sentiasa panas pada paras didih. Sedangkan kita cuma menggunakan alatan cuma untuk bancuh secawan kopi cuma 1 atau 2 gelas sehari !!!!!. Sebaiknya JANGAN GUNA alatan ini.
Begitu juga dengan periuk eletrik, satu tabiat kita ialah bila nasi sudah masak, kita sering lupa OFF kan. Ini menyebabkan periuk ini sentiasa dalam keadaan KEEP WARM. Fungsi KEEP WARM juga menggunakan eletrik dengan banyak apatah lagi kita biarkan dalam keadaan terlalu lama dari pagi sampai malam.

No comments:

Post a Comment