Wednesday 25 November 2015

TIPS JIMATKAN MINYAK 1

Harga minyak tidak menentu, yang pastinya harga minyak sentiasa naik dan susah nak turun. Anda boleh menjimatkan penggunaan minyak kenderaan anda sebenarnya jika anda mengoptimumkan kaedah penggunaan kereta anda.


Meluncur

Pernahkah anda mendengar bahawa syarikat penerbangan murah menggunakan teknik meluncur untuk menjimatkan penggunaan minyak kerana ini dapat menurunkan kos bahan api?  Pilot akan menerbangkan pesawat ke altitude tinggi, cukup tempat mengikut perkiraan yang dibuat oleh pilot tersebut, enjin pesawat dibiarkan dalam keadaan melahu (neutral) dan pesawat melucur terbang sampai ke destinasi yang dituju. Secara logikalnya enjin yang dalam keadaan melahu (neutral) cuma menggunakan sedikit minyak sahaja walaupun badan kapal terbang tersebut bergerak pantas meluncur terbang. Anda sebenarnya boleh mengaplikasikan teknik ini pada kereta anda. Jika anda tahu dalam 100 meter – 200 meter lagi di hadapan anda terdapat simpang jalan atau hentian lampu isyarat atau tempat kereta perlu berhenti atau jalan yang menuruni bukit, anda tukarkan gear kereta anda dalam posisi neutral dan biarkan kereta anda meluncur bergerak. Anda sudah menjimatkan penggunaan minyak untuk jarak kereta yang anda meluncur. Semakin banyak kali kereta anda meluncur semakin banyak minyak yang anda jimatkan. Anda akan mendapat lebih kilometer untuk setiap liter petrol yang anda gunakan.



No comments:

Post a Comment