Wednesday 25 November 2015

TIPS JIMATKAN MINYAK 2

Harga minyak tidak menentu, yang pastinya harga minyak sentiasa naik dan susah nak turun. Anda boleh menjimatkan penggunaan minyak kenderaan anda sebenarnya jika anda mengoptimumkan kaedah penggunaan kereta anda.


Memanaskan enjin kereta???
Memanaskan enjin kereta di awal pagi pada hakikatnya adalah baik untuk penjagaan enjin kereta anda. Ini kerana minyak pelincir akan bergerak ke seluruh permukaan dalaman enjin untuk mengelakkan geseran yang boleh menyebabkan kerosakan enjin. Akan tetapi, tahukah anda sebenarnya enjin kereta moden (modern engine) tidak memerlukan anda memanaskan enjin kerana enjin jenis ini telah direka supaya anda tidak bersusah payah memanaskan enjin kenderaan sebelum digunakan pada awal pagi. Lagipun minyak pelincir kenderaan sekarang ini mengandungi formula khas untuk memastikan minyak melekat pada setiap komponen dalaman enjin kenderaan walaupun dalam keadaan kereta tidak digunakan. Jadi buat apa anda bersusah payah memanaskan enjin kereta di awal pagi lama-lama. Secara automatik anda dapat menjimatkan minyak yang anda gunakan untuk memanaskan kereta anda setiap awal pagi.





No comments:

Post a Comment